Followers

nuffnang

VCO ~ supplement untuk kulit dan dalaman (sticker entry)

VCO ~ supplement untuk kulit dan dalaman (sticker entry)
VCO ~ adalah supplement dari minyak Kelapa Dara yang dikapsulkan. mempunyai banyak kebaikkan terutama untuk kulit, dalaman, rambut dan macam-macam lagi.. (boleh dimakan oleh lelaki , perempuan dan jg ibu-ibu mengandung) berminat untuk tau secara detail sila klik pada gambar untuk ke link dibawah atau email ke kaftanbatik@yahoo.com .... Hanya RM39.90 sebotol, stok untuk sebulan.. ^_^

Wednesday, May 14, 2014

PROMO ~ koleksi terkini kaftan dari Annis Kaftanbatik




Assalamualaikum

Jom ke fanpage kami Annis.Kaftanbatik untuk melihat pelbagai koleksi terbaru yang telah kami upload .
Terdapat dalam pelbagai warna dan corak 'fresh'  khas untuk penggemar kaftan.

Material daripada kain Fuji yang tidak luntur warna bila dibasuh dan sejuk serta selesa di pakai.

Jika berminat, boleh ke page kami


 

Sunday, October 13, 2013

Selamat hari raya Aidil Adha



Assalamualaikum buat teman-teman mama ...

Mama nk ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam.
Esok pagi, In Sha Allah mama akan bertolak balik kampung.
Tak sabar nak jumpa bonda dan family yang lain. maklum la raya lepas mama beraya di 'perantauan' kikiki

Nak merasai kemeriahan beraya di kampung halaman..
suke..suke..suke..
terasa rindu sgt2 kat bonda mama nih..


 

Sunday, October 6, 2013

kaftan batik / baju kelawar

Ada yang minat dengan kaftan atau ada yang panggil baju kelawar tak?
ok, klu ada yang berminat, nanti boleh ke fanpage ni ya..

https://www.facebook.com/annis.kaftanbatik

ada banyak koleksi kaftan lengan pendek dan kaftan lengan panjang yang baru tau.
esok akan di post ke fanpage

Add caption


 ni antara kaftan lengan pendek

ni pulak kaftan lengan panjang..
ada banyak lagi corak dan warna yang menarik... jom singgah ya..




 

Saturday, October 5, 2013

gedik-gedik~ water heater


sekarang kan asyik hujan je ..
hari-hari hujan... tp mama sukee sangat sebab sejuk.
baru boleh lena tido. tak payah pasang aircond..err lena ka?
suke memang la suke tp yang problemnya time nak mandi pagi-pagi tu..
adoi..sejuk yang amat.
masa ni mula la ngade-ngade, terbayang kalau la ada
water heater kan bagus.

tu la masa mula-mula nak pindah dulu tak terpikir langsung nak beli water heater.
ingat macam tak perlu, tp sekarang mcm perlu la pulak.. keke

Kakak pun pagi-pagi kalau nak mandi , mama kena masak air panas. kalau tak, kesian lak tengok dia mengigil nak mandi..


ok la, boleh masuk wishlist kot. :p
ada cadangan water heater apa yang elok dan 'selamat'?





 

Thursday, October 3, 2013

mandi kolam lagikkk..




sekali sekala mandi kat kolam ni.
suka la tu.
nasib baik kolam kecik, klu besar rasanya sekali mama ngan abah pun masuk kot. hehe

ada gak plan nk bawak budak-budak ni ke carnival mandi kat sana, tp bila pikir balik betapa letih nanti nak kejar budak-budak ni, rasanya baik mandi kolam ni je la dulu.




eei..bestnya tengok... jeles lak mama..
hikhik

 

Tuesday, October 1, 2013

Upin dan Ipin



kalau kat rumah, ni la yg wajib tengok.
cerita Upin Ipin.
Favourite adik ngn abang. kakak pun suka.

tak pernah jemu walaupun tengok benda yang sama hari-hari.
sampai mama pun dah boleh hafal apa yang geng upin ipin ni cakap..hahaha
abah download banyak-banyak cerita Upin Ipin pastu pasang jek..
tak berkelip mata. hehehe


tengok, adik sampai dok atas meja tu klu tengok cerita fav dia.. hehe


 

Tuesday, September 17, 2013

Assalamualaikum

lama tak buka pintu umah ni, dah bersarang dah ghupenya ya. hehe
Hari ni tiba-tiba gatal tangan nk masuk rumah mama ni dan cuci-cuci rumah sket..

rindu kat kawan-kawan.
sekarang mama kurang aktif berblogging nih. tak sempat - peh, bizi kalah businesswoman tue, huhu... :p

ada lagi ke yang singgah ke rumah mama ni ekk?
mama rajin jugak singgah ke rumah member blog yang lain, mcm LG, Mama Aqilah, kak Jun (antaranyer la ya..hehe)
rajin lagi depa nih.. respek lah.

ok la, nanti klo mama rajin mama post lagi ya..

ni saja nak warm up dulu..

bye uols...

boboboi mama yg ke 3... dah setahun lebih dah, cepatnya kan?



 

Sunday, November 25, 2012

keja tangan kakak


nampaknya kakak ni mmg beria-ria nak adik perempuan kot.
suka-suka ja dia hiaskan kepala adik dia dgn mcm2 aksesori dan tudung dia.. 
hahaha

si adik pun tahan je la...kkikii

cantik dak saye? hoho

 make over oleh si kakak

 
semalam, dia buatkan sayap superman kat adik..adei la..

si adik pun kena jugak...

 kali ni dia pakaikan cekak rambut pink plak.


ni la org yang bertanggungjawab tu.. :-)

LOVE  U ALL..
MUAHSssss



Wednesday, November 21, 2012

borong tudung la pulak


assalamualaikum

hari ni bangun kepala sudah kurang pening.
dah banyak hari asyik pening2 ja.. (jeng..jeng..jeng..)
ish..xde lah, dah p check semalam, doktor kata darah ada sikit naik. 
mungkin tak cukup rehat @ ada makan benda2 berlemak (baru ja pekena sup gearbox ritu..kiki)

okeh, insyaAllah arini mama nak start sambung balik lah aktiviti berblogging nih.. dah rindu sesangat. 

klu post semalam mama citer pasal sumbangan kita untuk saudara seagama kita di Palestine tu, hari ni mama nak story pasal aktiviti balik kg last week.

dah lama tak balik kg, (ye ka?)
balik kali ni mama sempat borong tudung kat sana. hehe
mula-mula plan nak beli selai ja, ala yg 2 layer tu..tp alih2 bila tengok banyak sangat yang cantik.. dan mama pun dah lama tak shopping (err..kira alasan ekk) so sempat la borong 6-7 lai tudung..hoho..

(habis duit gaji aku) hehe..

haa... kan dah kata..banyak mama borong.. ada 2 helai yg tak termasuk dlm tu.hehe


kiranya minggu ni datang keja, pakai tudung baru je lah..haha





Tuesday, November 20, 2012

Bantulah mereka setakat yang terdaya...Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin


ingat nk update blog pasal cuti-cuti Malaysia balik kg last week
tp bila buka FB, tgk banyak kempen pasal  pohon Sumbangan Untuk Rakyat Palestin di Gaza tu..
mama jadi xde mood nak update story mama.

bila tengok gambar anak-anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa kerakusan 
ISRAEL LAKNATULLAH, mama rasa marah sangat.
teringat kat anak-anak mama yang tiap malam sebelum tidur, pasti mama peluk cium pipi mereka semua..
tak dapat bayangkan macamana la kalau perkara tu terjadi kepada mereka..  :(

 teringin untuk membantu mereka (Rakyat Palestin) , saudara Islam kita di sana.
ni mama pastekan link yang mama ambik dari wall Heliza Helmi..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayuh, jangan sekadar melihat , mendengar sahaja. Lakukan sesuatu. walaupun rm1, tapi besar manfaatnya In sha Allah. Hanya Allah yg akan membalas dan menilai jasa baik kalian. Syukran wahai sahabat sahabat yang Allah kasihi.....

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung 
Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jom kita pakat-pakat bantu mereka. 
ALLAHUAKHBAR!!!


p/s: maaf mama tak sanggup nak upload gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman Israel tu. 
mama rasa cukup la mama post n3 di atas shj..



Tuesday, October 9, 2012

dah kena attend kursus la...


rest kejap...
berhari2 pulun bt kheja kat ofis..
arini pun sakan siapkan kheja..
tengahari tadi tiba-tiba rasa letih sangat2 otak dan badan.
mengantuk.
fuh! mama nk update blog sementara ada idea ni.

untuk ke sekian lamanya..

dah nak sampai ke penghujung tahu.. baru la mama berkesempatan utk hadir kursus.
kalau sebelum ni terpaksa tolak (bukan byk ponn kursus) atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan..
maka awal Oktober lepas , mama ke Perlis utk menghadiri kursus memantapkan lagi apa2 yang belum mantap dlm bidang mama nih..hohoho...

stay kat Hotel kat bawah ni untuk 3 hari 2 malam.
rindu tak terkata weh pada anak-anak dan ayah anak..hahaha

tapi seronok kursus kali ni . ada la sebab2 nya..
hehe

(cantik bilik dia..maklum la hotel baru 1 tahun lebih di buka)

lepas tu. bila lagi ekk kena kursus lagi? 
mama belum cukup 7 hari lagi ni? 


p/s:  gambar hotel mama google dr internet ja..hanya gambar dewan tu ja yg mama snap sendiri
malas dah nk ambik2 gambar nih....hoho